Sampai rumah Tok, terkejut tgk tok yang dah kurus, huhuhu yelah sejak opah dah tak ada , takde sapa nak jaga tok, rasa nak nangis plak tgk tok yang dulu pakai saiaz xxxL sekarang nih dah boleh pakai saiz L . Kalau nisya tak study dah dah lama dok Terengganu jaga Tok. Abah pernah je ajak Tok dok ngan kitorang kat e-poh.. tapi Tok takmau... erm biasalah orang tua-tua nihkan, diorang lebih suka duduk kat rumah sendiri. But actually dalam adik-beradik abah, abah je yang tinggal luar dari Terengganu, yang lain semuanya tinggal dalam Terengganu, and adik-beradik Abah ada 9 orang HuHu... just imagine dulu orang tua kita boleh jaga anak-anak yang ramai.. tapi sekarang anak-anak yang ramai susah nak jaga ayah yang sorang. Sian tok tinggal sorang-sorang dalam rumah.. Rumah besar-besar pun takde yang nak duduk ngan tok jaga tok.
Hari Raya kat Terengganu tahun nih totally different dengan yang lepas-lepas. Kalau dulu masa ada opah, bila family kami balik je mesti adik beradik abah dah berkumpul kat rumah. Kitorang masak ramai-ramai and berkumpul untuk buka puasa sama-sama. Sebab Abah anak sulung kira abang long lah nih. Tapi sekarang nih kitorang sampai rumah tok, kitorang kena kemaskan dulu rumah tok, sapu and mop habuk habuk.. yerlah tok tinggal sorang siapa nak buat benda2 macam tuh kan. Petang pulak kitorang masak untuk raya esok.

Then tiba Hari Raya esoknya, as usual kitorang akan lepak kat rumah Mak Teh, sebab rumah Mak Teh kat sebelah masjid. Solat raya dan etc etc... Raya tahun nih pon tak jalan rumah sedara sangat just pergi rumah pak ngah je, pahtu kitorang balik rumah tok. So petang tuh kitorang buat aktiviti beraya di tepi pantai.. heh pantai nih kat belakang rumah tok je... sangat cantik dan jernih airnya, suka sangat..

0 comments:
Post a Comment